Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

LAPAN KAKI JUDI DAN PENJAGA TEMPAT JUDI DITAHAN

Diterbitkan: 23 Jul 2015 7.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan lapan kaki judi dan seorang penjaga tempat judi dalam serbuan di sebuah rumah kosong di Jalan Maharajalela, di sini, awal pagi ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lapan-kaki-judi-dan-penjaga-tempat-judi-ditahan-20150723
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:22 MYT

Teluk Intan, 10 Julai - Polis menahan lapan kaki judi dan seorang penjaga tempat judi dalam serbuan di sebuah rumah kosong di Jalan Maharajalela, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua suspek yang berusia antara 39 dan 54 tahun dan berasal dari Sungai Besar, Selangor ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi.

Katanya, tangkapan itu adalah hasil maklumat risikan yang dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

"Kesemua suspek ditahan ketika leka bermain judi komputer di rumah itu yang dijadikan tempat untuk mereka menjalankan kegiatan berkenaan," katanya kepada pemberita di IPD Hilir Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas wang tunai bernilai RM3,709 serta sebelas unit komputer.

Mohd Shuhaily berkata kesemua suspek ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 23 Jul 2015 7.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM