Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Langgar Lari Polis Jejaki Hyundai Bhs 7999

Diterbitkan: 18 Oct 2018 7.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Cyberjaya, 18 Okt. 2018 - Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan jenis Hyundai bernombor pendaftaran BHS 7999 yang terlibat dalam kemalangan langgar lari di hadapan Shaftbury di sini petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/langgar-lari-polis-jejaki-hyundai-bhs-7999
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:44 MYT

Cyberjaya, 18 Okt. 2018 - Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan jenis Hyundai bernombor pendaftaran BHS 7999 yang terlibat dalam kemalangan langgar lari di hadapan Shaftbury di sini petang semalam.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kita sedang mengesan pemilik kenderaan itu yang telah melarikan diri sejurus kemalangan berlaku,” katanya di sini hari ini

Seorang kakitangan Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi, Wan Amirah Wan Alias, 31, maut dalam satu kes kemalangan langgar lari itu.

Kes kemalangan tersebut menjadi tular selepas sebuah video yang dipercayai dirakamkan di tempat kejadian menunjukkan mangsa dilanggar dan diseret oleh sebuah kenderaan ketika hendak melintas jalan.

Difahamkan, mangsa Wan Amirah yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales meninggal dunia awal pagi hari ini selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE

Langgar Lari Polis Jejaki Hyundai Bhs 7999
ArtikelDiterbitkan 18 Oct 2018 7.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM