Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Langgar Akta Perikanan Sebuah Kapal Nelayan Ditahan

Diterbitkan: 24 Jul 2015 1.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusoff Abdullah berkata, ketika ditahan kapal berkenaan sedang leka menjalankan aktiviti penangkapan ikan dalam perairan negara. "Pemeriksaan polis mendapati seorang daripada anak kapal warga Indonesia gagal menunjukkan dokumen pekerjaan yang sah," katanya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/langgar-akta-perikanan-sebuah-kapal-nelayan-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:22 MYT

Klang, 14 Julai- Sebuah kapal nelayan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang di perairan Pulau Ketam di sini, tengahari tadi.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusoff Abdullah berkata, ketika ditahan kapal berkenaan sedang leka menjalankan aktiviti penangkapan ikan dalam perairan negara.

"Pemeriksaan polis mendapati seorang daripada anak kapal warga Indonesia gagal menunjukkan dokumen pekerjaan yang sah," katanya.

Bot bersama anak kapal dibawa pulang ke Markas Operasi Marin PPM Pelabuhan Kelang dan kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan pekerja asing tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, pelbagai jenis rokok tidak sah dan ubat dirampas dalam satu serbuan yang dijalankan di Lot 122A, Jalan Tepi Sungai Melintang.

ACP Mohd Yusoff berkata pemeriksaan lanjut ke atas premis berkenaan menjumpai menjumpai 110 botol ubat dan 61 karton rokok pelbagai jenis yang disorok dalam sebuah bilik tidur.

"Kesemua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai Rm8,810,"jelas beliau lagi.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 16 Akta Racun 1952.

ArtikelDiterbitkan 24 Jul 2015 1.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM