Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lambaian Kasih Sanjungan Budi Jpjkk

Diterbitkan: 22 Dec 2018 4.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 22 Disember 2018 - Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman telah melangsungkan sebuah Majlis Malam Mesra Bersama Pengarah JPJKK dan Meraikan Persaraan/Pertukaran Pegawai Kanannya di Manhattan Ballroom Times Square, dekat sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lambaian-kasih-sanjungan-budi-jpjkk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:44 MYT

Kuala Lumpur, 22 Disember 2018 - Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman telah melangsungkan sebuah Majlis Malam Mesra Bersama Pengarah JPJKK dan Meraikan Persaraan/Pertukaran Pegawai Kanannya di Manhattan Ballroom Times Square, dekat sini, malam tadi.

Majlis bertemakan 'Lambaian Kasih, Sanjungan Budi' ini adalah manifestasi kepada penghargaan JPJKK di atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan para pegawai kanan jabatan tersebut.

Pengarah JPJKK, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman dalam ucaptamanya menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang diraikan di atas pengorbanan dan kesungguhan yang telah dicurahkan selama ini.

“Sumbangan pegawai-pegawai kanan yang bersara ini amat besar kepada pasukan, pengalaman yang diraih sepanjang perkhidmatan mereka adalah unik dan tiada pada organisasi lain.

Beliau menegaskan supaya generasi muda yang bakal menggantikan para pesara ini menjadikan kejayaan yang pernah dilakar mereka sebagai satu lonjakan motivasi dalam memacu jabatan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Sepanjang majlis berlangsung, tayangan montaj aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh JPJKK sepanjang tahun ini menghiasi suasana sekaligus menggamit memori setiap hadirin.

Pada masa sama turut diadakan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada mereka yang diraikan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah bekas Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK, Dato’ Hajah Fatimah Abdul Hamid, Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Penolong Pengarah, Ketua-ketua JPJKK Kontijen, dan para pegawai kanan PDRM.

0S4A6953
Bergambar kenangan.

0S4A6956
Bergambar kenangan.

0S4A6968
Bergambar kenangan.

0S4A7021
Dato’ Hajah Fatimah Abdul Hamid menyampaikan ucapan.

0S4A7057
Sekitar majlis berlangsung.
ArtikelDiterbitkan 22 Dec 2018 4.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM