Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lagi Kebakaran Berlaku Di Bukit Aman

Diterbitkan: 17 Dec 2019 9.29 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.10 PM
Sebanyak enam jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dua buah jentera Pasukan Bulan Sabit Merah dan Angkatan Pertahanan Awan Malaysia segera ke lokasi kejadian sebelum 'kebakaran' berjaya dipadamkan kira-kira 15 minit kemudian. Terlihat juga, seorang kontraktor kebersihan yang terperangkap di tingkat 17 telah diselamatkan oleh anggota bomba sewaktu kejadian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-kebakaran-berlaku-di-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:45 MYT

Kuala Lumpur, 17 Disember 2019 – Selepas Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman 'terbakar' bulan lalu, insiden sama berlaku pula di Tingkat 7, 17 dan 24, Menara 1, pagi tadi.

Suasana panik dan kelam kabut akibat asap tebal yang menyelubungi ketiga-tiga tingkat tersebut menyebabkan 1,034 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas menyelamatkan diri dengan melalui tangga kecemasan.

Sebanyak enam jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dua buah jentera Pasukan Bulan Sabit Merah dan Angkatan Pertahanan Awan Malaysia segera ke lokasi kejadian sebelum 'kebakaran' berjaya dipadamkan kira-kira 15 minit kemudian. Terlihat juga, seorang kontraktor kebersihan yang terperangkap di tingkat 17 telah diselamatkan oleh anggota bomba sewaktu kejadian.

Situasi di atas bukan kejadian sebenar tetapi latihan kebakaran yang dilakukan pihak bomba terhadap warga kerja Bukit Aman apabila berhadapan dengan situasi di luar jangka.

Pelaksanaan latihan yang dilakukan itu bertujuan untuk menguji kecekapan semua pihak yang terbabit ketika menghadapi detik cemas, khususnya jika berlaku kebakaran.

Keseluruhan latihan yang berlangsung hampir sejam itu diketuai oleh Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, Penolong Penguasa Bomba, Tuan Logeswaran Lavan.

Hadir sama, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Tuan Murugiah Muthusamy, Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), ACP Mohd Sukri Kaman dan para pegawai kanan PDRM.

15
Sekitar Latihan Kebakaran di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

38
Sekitar Latihan Kebakaran di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

5
Jentera bomba tiba di perkarangan Menara 1, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman.

26
Sekitar Latihan Kebakaran di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

25
Sekitar Latihan Kebakaran di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

29
Sekitar Latihan Kebakaran di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

39
Antara petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang mengambil bahagian dalam latihan kebakaran pada hari ini.

42
Antara warga Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang hadir.

46
Taklimat daripada Timbalan Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Tuan Murugiah Muthusamy.

47
Ucapan daripada Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf.

54
Bergambar kenangan.


ArtikelDiterbitkan 17 Dec 2019 9.29 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.10 PM