Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lafaz Ikrar Pdrm Sprm Bersama Perangi Pemberi Rasuah

Published: 23 Jul 2022 5.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 23 Julai 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berusaha memperbaiki integriti dalam Pasukan demi menaikkan imej dan kewibawaan warganya agar sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat sentiasa berada pada tahap terbaik.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lafaz-ikrar-pdrm-sprm-bersama-perangi-pemberi-rasuah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:08 MYT

Petaling Jaya, 23 Julai 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berusaha memperbaiki integriti dalam Pasukan demi menaikkan imej dan kewibawaan warganya agar sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat sentiasa berada pada tahap terbaik.

Justeru, satu program strategik antara PDRM dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diadakan di Taman Jaya, di sini, hari ini dengan upacara lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai simbolik usaha sama kedua-dua agensi dalam memerangi jenayah rasuah dalam Pasukan.

Lafaz ikrar yang diketuai oleh Penolong Pengarah Perolehan/Pembangunan/Kewangan, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, DSP Asyurel Azmean Badril turut melibatkan 300 pegawai dan anggota dari Kontinjen Polis KL, Polis Selangor dan Bukit Aman.

Sesi menandatangani dokumen IBR kemudiannya disaksikan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Hj. Ahmad bersama Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya, Tuan Nurahim Abd. Rahim.

Pelaksanaan program tersebut juga adalah selaras dengan Pelan Antirasuah PDRM 2020-2024 selain dapat memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa PDRM terus berinisiatif dalam memberi pendidikan kepada warga Pasukan supaya amalan nilai murni dan integriti dapat diperkukuhkan.

Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah JIPS, Ketua Penolong Pengarah JIPS, Ketua Jabatan JIPS, Ketua Bahagian JIPS, para pegawai kanan PDRM dan SPRM serta ahli Persatuan Kepolisan Komuniti Selangor dan Kuala Lumpur.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 2 people, people standing, military uniform and text that says 'gram ERJASAMA STRATEGIK ANTIRASUAH M TAHUN 2022 ULAI 2022 (SA JAYA, PETA

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people and outdoors

May be an image of 1 person, standing, military uniform, outdoors and text that says 'LOKMAN YAMAHA'

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people sitting, people standing and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people, outdoors and text that says 'M ASYURIL'

May be an image of 6 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors





ArticlePublished 23 Jul 2022 5.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM