Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

L Kpl S Taqiyuddin Dan Sjn Emma Firyana Dinobat Olahragawan Olahragawati Pdrm

Diterbitkan: 22 Oct 2019 6.44 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 22 Oktober 2019 - Atlet sukan Silat Olahraga, Lans Koperal/S Mohd Taqiyuddin Hamid dan atlet sukan Lawn Bowls, Sarjan Emma Firyana Sajori menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati pada Malam Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2018 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/l-kpl-s-taqiyuddin-dan-sjn-emma-firyana-dinobat-olahragawan-olahragawati-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:45 MYT

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2019 - Atlet sukan Silat Olahraga, Lans Koperal/S Mohd Taqiyuddin Hamid dan atlet sukan Lawn Bowls, Sarjan Emma Firyana Sajori menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati pada Malam Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2018 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Kedua-dua atlet tersebut terpilih menerima anugerah berprestij itu selepas mencipta pelbagai kejayaan buat pasukan dan negara sepanjang tahun 2018. Para pemenang turut membawa pulang sijil, piala iringan dan wang tunai berjumlah RM2,000.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam ucapan perasmian berkata, penganjuran malam anugerah ini sebagai menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang dilakar oleh para atlet PDRM dalam pelbagai acara sukan, baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Jelas beliau, percaturan para atlet PDRM mewakili negara ternyata berbaloi apabila berjaya merekodkan kemenangan dengan merangkul pingat pada Kejohanan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, Kejohanan Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia, Kejohanan S.E.A Bodybuilding & Physique 2018 di Siem Reap, Cambodia serta Kejohanan Asian Bodybuilding & Physique Sports and Championship di Batam, Indonesia.

“Demi memastikan PDRM mampu melahirkan atlet berprospek emas bertaraf dunia seperti DSP Bibiana Ng Pei Chin, Sarjan Nurulhuda Baharin dan SI/S Sazali Abd Samad, komitmen daripada semua pihak terutama ketua jabatan adalah penting dengan memberi kelepasan tugas kepada para atlet bagi menghadiri latihan sekaligus menyertai kejohanan untuk meningkatkan kemahiran mereka,” ujar beliau lagi.

Majlis penganugerahan turut dihadiri Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, barisan Pengarah PDRM, panel Jawatankuasa Pemilihan Malam Anugerah Sukan PDRM 2018, pegawai kanan, pengelola sukan, atlet PDRM dan wakil media.

Senarai penuh pemenang anugerah:

1. Olahragawan - L/KPL/S Mohd Taqiyuddin Hamid, atlet sukan Silat Olahraga

2. Olahragawati - Sjn Emma Firyana Sajori, atlet sukan Lawn Bowls

3. Anugerah Khas – Sjn Rosli Yaacob, atlet sukan Tinju/Muaythai

4. Atlet Harapan Lelaki – L/KPL/S Zmarul Al Adam Pulutan Abdullah, atlet sukan Bina Badan.

5. Atlet Harapan Wanita – Konstabel Auni Fathiah Kamis, atlet sukan Lawn Bowls

6. Jurulatih Terbaik – Sjn Othman Yahya, Jurulatih Sukan Bina Badan

7. Pengelola Terbaik – SAC Abdul Ghani Mohamad Ji, Pengelola Sukan Ragbi

8. Tokoh Sukan PDRM - ASP Wong Tee Kui, bekas atlet Olahraga Tukul Besi

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan tersebut akan menjadi obor pembakar semangat kepada semua penggiat sukan PDRM untuk terus aktif dalam memberi sumbangan terhadap kemajuan sukan PDRM khususnya, dan negara amnya.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Atlet sukan Silat Olahraga, L/KPL/S Mohd Taqiyuddin Hamid dan atlet sukan Lawn Bowls, Sarjan Emma Firyana Sajori bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara.
 
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text
ASP Wong Tee Kui bekas atlet sukan olahraga Baling Tukul Besi menerima anugerah Tokoh Sukan PDRM 2018 dari Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador.
 
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text
Sarjan Rosli Yaacob dari Sukan Tinju/Muaythai menerima Anugerah Khas yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador.
 
Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Para peserta persembahan dari badan seni budaya PDRM.
 
Image may contain: 8 people, people standing, table and indoor
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
 
Image may contain: 3 people
Tetamu dihiburkan oleh Kombo PDRM.
 
Image may contain: 1 person, indoor
Ucapan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador di Malam Anugerah Sukan PDRM 2018 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid, PULAPOL Kuala Lumpur.
 
Image may contain: 2 people, people smiling
Pengacara majlis.
 
Image may contain: 11 people, indoor
Antara yang hadir di Malam Anugerah Sukan PDRM 2018 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid, PULAPOL Kuala Lumpur.
 
Image may contain: 8 people, people smiling, people sitting, table and indoor
Antara yang hadir di Malam Anugerah Sukan PDRM 2018 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid, PULAPOL Kuala Lumpur.
 
Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting, food and indoor
Antara yang hadir di Malam Anugerah Sukan PDRM 2018 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid, PULAPOL Kuala Lumpur.
 
Image may contain: 11 people, people smiling, people sitting, table, crowd, indoor and food
Antara yang hadir di Malam Anugerah Sukan PDRM 2018 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid, PULAPOL Kuala Lumpur.
 
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text
Bukit Aman dinobatkan johan dalam kejohanan Sukan Piala Ketua Polis Negara Tahun 2018 dan juga menerima anugerah penyertaan kontinjen 100% sepanjang kejohanan Piala Ketua Polis Negara Tahun 2018.
 
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text
Tempat kedua dalam kejohanan Sukan Piala Ketua Polis Negara Tahun 2018 dan juga menerima anugerah penyertaan kontinjen 100% sepanjang kejohanan Piala Ketua Polis Negara Tahun 2018 dirangkul oleh kontinjen Selangor.
 
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text
Tempat ketiga dalam kejohanan Sukan Piala Ketua Polis Negara Tahun 2018 dan juga menerima anugerah penyertaan kontinjen 100% sepanjang kejohanan Piala Ketua Polis Negara Tahun 2018 dirangkul oleh kontinjen Kuala Lumpur.
 
Image may contain: 2 people, people standing and text
Pasukan Terbaik bagi tahun 2018 dirangkul oleh pasukan petanque.
 
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text
Calon bagi anugerah Pengelola Terbaik, ACP Gazali Yunus, Pengelola Sukan Bina Badan.
 
Image may contain: 3 people, people smiling
Calon bagi anugerah Pengelola Terbaik, ASP Ezral Ezwani Ab Malik, Pengelola Sukan Lumba Basikal.
 
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Pemenang Pengelola Terbaik, SAC Abdul Ghani Mohamad Ji, Pengelola Sukan Ragbi.
 
Image may contain: 3 people, people standing
Calon-calon bagi anugerah Jurulatih Terbaik.
 
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Pemenang anugerah Jurulatih Terbaik, Sjn Othman Yahya jurulatih sukan bina badan.
 
Image may contain: 3 people, people standing and shoes
Calon-calon bagi anugerah Atlet Harapan lelaki.
 
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text
L/KPL/S Zmarul Al Adam Pulutan Abdullah dari Sukan Bina Badan merangkul anugerah Atlet Harapan Lelaki.
 
Image may contain: 3 people, people standing and indoor
Calon-calon bagi anugerah Atlet Harapan Wanita.
 
Image may contain: 3 people, people smiling, text
Konstabel Auni Fathiah Kamis, atlet sukan Lawn Bowls merangkul kategori Atlet Harapan Wanita.
 
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text
L/KPL/S Mohd Taqiyuddin Hamid, atlet sukan Silat Olahraga dinobatkan Olahragawan Sukan PDRM Tahun 2018.
 
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text
L/KPL/S Mohd Taqiyuddin Hamid, atlet sukan Silat Olahraga dinobatkan Olahragawan Sukan PDRM Tahun 2018.
 
Image may contain: 3 people
Calon-calon bagi kategori Olahragawati Sukan PDRM 2018.
 
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text
Sjn Emma Firyana Sajori, atlet sukan Lawn Bowls dinobatkan Olahragawati Sukan PDRM Tahun 2018.
 
Image may contain: 3 people, people smiling, text
Sjn Emma Firyana Sajori, atlet sukan Lawn Bowls dinobatkan Olahragawati Sukan PDRM Tahun 2018.
 
Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting, people standing, table, indoor and food
Bergambar kenangan.
 
Image may contain: 20 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.
 
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Atlet sukan Silat Olahraga, L/KPL/S Mohd Taqiyuddin Hamid dan atlet sukan Lawn Bowls, Sarjan Emma Firyana Sajori menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati pada Malam Anugerah Sukan PDRM 2018.
ArtikelDiterbitkan 22 Oct 2019 6.44 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM