
Kursus Marshalling Pendaratan Helikopter Tingkat Kompetensi
Ipoh, 28 November 2019 – Pasukan Gerakan Udara (PGU) merupakan antara unit dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam operasi bantuan kepada mangsa bencana seperti banjir, tanah runtuh, bot karam dan sebagainya.
Setiap operasi yang dilakukan itu menguji kecekapan dan kepakaran petugas PDRM dalam memastikan penerbangan dan pendaratan sesebuah helikopter berjaya dilaksanakan dengan sempurna.
Bagi memastikan kompetensi para pegawai dan anggota PDRM sentiasa berada pada tahap terbaik, PGU telah mengadakan Kursus Asas Marshalling dan Pengurusan Tapak Pendaratan Helikopter Bagi Menghadapi Bencana di Pangkalan Latihan PGU PDRM selama lima hari, di sini.
Kursus yang disertai oleh 27 pegawai dan anggota dari seluruh Kontinjen Kedah itu bertujuan memberi kefahaman, pengetahuan dan kemahiran kepada para peserta dalam membantu kelancaran serta keselamatan operasi penerbangan sesebuah helikopter.
Para peserta telah diperkenalkan dengan jenis-jenis helikopter milik PDRM dan keupayaannya dalam melakukan sesebuah operasi.
Selain itu, mereka turut didedahkan dengan modul kemahiran pengendalian kawasan pendaratan dan syarat-syarat tertentu untuk berkomunikasi dengan juruterbang bagi membantu pendaratan helikopter.
Kursus yang berlangsung dari 23 hingga 28 November tersebut telah berjaya melayakkan kesemua peserta memperoleh 'Qualified Police Helicopter Marshaller' daripada Komander PGU, DCP Dato' Mohd Hishamudin Tahar.
Para peserta kursus mendengar penerangan yang disampaikan oleh pegawai PGU.
Para peserta kursus mendengar penerangan yang disampaikan oleh pegawai PGU.
Antara latihan yang dilakukan para peserta.
Para peserta kursus mendengar penerangan yang disampaikan oleh pegawai PGU.
Bergambar kenangan.
Antara latihan yang dilakukan para peserta.
Bergambar kenangan.