
Artikel
KUNJUNGAN HORMAT YAM PADUKA PUTERI TUNKU MARIAMZ BTE ALMARHUM AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ KE ATAS KPN
Kuala Lumpur, 16 Julai 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Yang Amat Muli...
Kuala Lumpur, 16 Julai 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YAM Paduka Puteri Tunku Mariamz bte Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
YAM Paduka Puteri Tunku Mariamz ditemani pegawai khasnya, Encik Nizar Rusman hadir menyerahkan kurma Al-Madinah sumbangan Yayasan Khalifa bin Zayed Al-Nayan untuk disumbangkan kepada warga Polis Diraja Malaysia di samping beramah mesra dengan pucuk pimpinan Pasukan.Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Nerita Yaacob.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada YAM Paduka Puteri Tunku Mariamz bte Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador bergambar bersama YAM Paduka Puteri Tunku Mariamz bte Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor bersama YAM Paduka Puteri Tunku Mariamz bte Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sekitar kunjungan hormat daripada YAM Paduka Puteri Tunku Mariamz bte Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.