
Kunjungan Hormat Pegawai Khas Tpm Ke Atas Kpn
Kuala Lumpur, 17 Julai 2019 - Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Khas (Komuniti India), Tuan Mikhael Iskhandaar dan Pegawai Khas (Komuniti Cina), Tuan Yew Boon Lye dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.
Tujuan pertemuan adalah bagi mengenal pasti masalah melibatkan kaum Cina dan India, serta strategi yang berkesan dalam menangani setiap permasalahan tersebut.
Hadir sama, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Dato’ Abdul Majid Mohd Ali.
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar kunjungan hormat berlangsung.
Sekitar kunjungan hormat berlangsung.
Sekitar kunjungan hormat berlangsung.