Kunjungan Hormat Pat Ke Atas Kpn Perkasakan Hubungan Kedua Dua Agensi
Kuala Lumpur, 2 Mac 2020 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman disini, pagi tadi.
Pertemuan tersebut antaranya membincangkan mengenai isu keselamatan negara, masalah sosial dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM serta semakan semula penggunaan uniform dan pangkat bagi kedua-dua agensi.
Kunjungan tadi merupakan lawatan pertama Tan Sri Haji Affendi ke Bukit Aman sejak beliau dilantik sebagai PAT ke-21 pada 2 Januari lalu bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin yang telah menjalani persaraan wajib.
Terdahulu, Tan Sri Haji Affendi menerima tabik hormat daripada detachment Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Istiadat Kawalan Kehormatan yang berlangsung di perkarangan Menara 1.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah barisan Pengarah PDRM dan para pegawai kanan PDRM serta ATM.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM.
Sekitar pemeriksaan baris oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM menandatangani buku pelawat.
Kawalan kehormatan utama mengambil tempat.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan utama.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan utama.
Bergambar kenangan.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM.
Sekitar kunjungan hormat daripada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM.
Sesi sidang media.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM.