Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kuil Sri Maha Muniswarar Pulapol Kuala Lumpur Dibuka Secara Rasmi Kepada Penganut Agama Hindu

Diterbitkan: 06 Feb 2022 7.41 AM Dikemas kini: 23 Sep 2026 3.18 PM
Kuala Lumpur, 6 Februari 2022 - Kuil Sri Maha Muniswarar yang mula didirikan di dalam Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur sejak awal tahun 1940-an dahulu, dibuka secara rasmi kepada pengganut agama Hindu, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kuil-sri-maha-muniswarar-pulapol-kuala-lumpur-dibuka-secara-rasmi-kepada-penganut-agama-hindu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:12 MYT

Kuala Lumpur, 6 Februari 2022 - Kuil Sri Maha Muniswarar yang mula didirikan di dalam Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur sejak awal tahun 1940-an dahulu, dibuka secara rasmi kepada pengganut agama Hindu, hari ini.

Kuil yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, PULAPOL Kuala Lumpur itu siap didirikan semula pada bulan Disember tahun lalu dengan mendapat sentuhan ukiran unik dari syarikat pembinaan berpengalaman, Maydas dan Sirgali Tamil Nadu.

Selain menjadi kebanggaan dan mercu tanda baharu, kuil tersebut juga mampu memberikan keselesaan untuk beribadat buat para pegawai, anggota dan pelatih beragama Hindu di PULAPOL Kuala Lumpur dan penduduk kawasan berdekatan.
Hadir menyempurnakan perasmian Kuil Sri Maha Muniswarar tadi ialah Ahli Jawatankuasa kuil yang diketuai pengerusinya, pesara DCP Dato' Dr. A. Paramasivam, Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Dato' S. Sasikala Devi, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, SAC Dato' K. Kumaran, Ketua Penolong Pengarah Risikan/Operasi/Rekod (D4), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Tuan C. Shanmugamoorthy serta Ketua Penolong Pengarah Pusat Bekalan, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, ACP Tuan W. Puspanathan.
Yang turut hadir, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, pesara CP Dato' Sri Amar Singh Ishar Singh dan bekas Ketua Polis Pulau Pinang, pesara CP Dato' T. Narenasegaran.

Jurugambar: Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people and people standing

No photo description available.

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of 2 people and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and indoor




ArtikelDiterbitkan 06 Feb 2022 7.41 AMDikemas kini 23 Sep 2026 3.18 PM