
Ksu Kdn Adakan Lawatan Kerja Ke Markas Taktikal Batalion 4 Pga
Kuala Langat, 2 Januari 2020 – Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Jamil Rakon telah mengadakan lawatan kerja ke Markas Taktikal Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pantai Baru Morib dekat sini, hari ini.
Tujuan utama lawatan tersebut adalah bagi meninjau pengoperasian Op Nyah 1 dan cabaran yang dihadapi oleh para pegawai serta anggota PGA dalam melaksanakan tugasan.
Dalam masa yang sama, Dato' Jamil turut meneliti dan memberi perhatian tentang isu kebajikan petugas, selain kemudahan infrastruktur yang terdapat di markas berkenaan.
Hadir sama dalam lawatan tadi ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Setiausaha Bahagian Keselamatan KDN, Tuan Zulkifli Abidin serta para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dan KDN.