Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Ziarah Waris Mangsa Nahas Pesawat N28jv Di Htar

Published: 18 Aug 2023 12.12 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Klang, 18 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menziarahi ahli keluarga kesemua mangsa nahas pesawat N28JV yang terhempas di Lebuhraya Guthrie dekat Bandar Elmina, Shah Alam semalam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-ziarah-waris-mangsa-nahas-pesawat-n28jv-di-htar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT
Klang, 18 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menziarahi ahli keluarga kesemua mangsa nahas pesawat N28JV yang terhempas di Lebuhraya Guthrie dekat Bandar Elmina, Shah Alam semalam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Turut kelihatan berada di perkarangan hospital ialah Perdana Menteri, Dato' Sri Anwar Ibrahim bersama timbalannya merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tan Sri Razarudin yang diiringi oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan menyantuni 22 ahli keluarga mangsa nahas yang telah mula memenuhi kawasan forensik hospital sejak malam tadi.

Selain memaklumkan sendiri perkembangan siasatan dan proses pengurusan mayat yang dijumpai di lokasi nahas, beliau sempat menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh para waris bagi meleraikan segala kegelisahan yang wujud dalam diri mereka.
Seusai itu, Tan Sri Razarudin telah singgah ke Balai Polis Klang Selatan dengan diapit Ketua Polis Daerah (KPD) Klang Selatan, ACP Cha Hong Fong.

Terdahulu seawal jam 9.00 pagi, Tan Sri Razarudin telah ke lokasi nahas bagi meninjau sendiri operasi akhir mencari mayat-mayat mangsa oleh Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama rakan-rakan agensi keselamatan lain.

Menerusi sidang medianya di sana, beliau memaklumkan bahawa proses pencarian dijangka selesai pada tengahari tadi.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kontinjen Selangor, ACP Mohd Ismail Muslim serta KPD Shah Alam, ACP Iqbal Rahim.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 5 orang dan api

Mungkin imej 8 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 9 orang dan teks

Mungkin imej 9 orang

Mungkin imej 4 orang, tudung kepala dan teks

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 5 orang dan teks

Mungkin imej 6 orang, dais dan teks

ArticlePublished 18 Aug 2023 12.12 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM