Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Ziarah Jenazah Allahyarham Sarjan Norzaiman Mohd Jaafar

Published: 28 May 2025 7.35 AM Updated: 15 Aug 2026 8.00 PM
Putrajaya, 28 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman hadir menziarahi jenazah Allahyarham Sarjan Norzaiman Mohd Jaafar bertempat di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-ziarah-jenazah-allahyarham-sarjan-norzaiman-mohd-jaafar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:59 MYT

KPN ZIARAH JENAZAH ALLAHYARHAM SARJAN NORZAIMAN MOHD JAAFAR

Putrajaya, 28 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman hadir menziarahi jenazah Allahyarham Sarjan Norzaiman Mohd Jaafar bertempat di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini, pagi tadi.

Tan Sri Razarudin turut berkesempatan menyertai solat jenazah di Musolla, Taman Selatan, Presint 20 bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kariah sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Allahyarham Sarjan Norzaiman yang bertugas di Unit Berkuda Pangkalan Cheras, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman telah menghembuskan nafas terakhir malam tadi di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia akibat komplikasi buah pinggang yang dihadapinya sejak dua tahun lalu. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua orang cahaya mata.

Tan Sri Razarudin dan isteri turut menyampaikan sumbangan dan kata-kata semangat kepada keluarga Allahyarham sebagai tanda penghargaan dan sokongan moral.

Hadir sama, Pegawai Pemerintah Unit Berkuda, PSP, KDNKA Bukit Aman, DSP Dayang Kasmayane Awang Anak dan sebahagian warga kerja Unit Berkuda PSP KDNKA.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 13 people and dais

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 12 people, dais and text

May be an image of 4 people, headscarf and text

ArticlePublished 28 May 2025 7.35 AMUpdated 15 Aug 2026 8.00 PM