Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Ziarah Dcp Datuk Shahurinain Jais Di Pusat Perubatan Prince Court

Published: 27 Mar 2025 9.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 27 Mac 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menziarahi Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais di Pusat Perubatan Prince Court, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-ziarah-dcp-datuk-shahurinain-jais-di-pusat-perubatan-prince-court
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:26 MYT
Kuala Lumpur, 27 Mac 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menziarahi Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais di Pusat Perubatan Prince Court, di sini, pagi tadi.

Beliau yang ditemani isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman meluangkan masa menyantuni Datuk Shahurinain yang dimasukkan ke hospital tersebut akibat strok.

Tidak ketinggalan turut hadir mengadakan lawatan tadi adalah Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman.

Dalam lawatan yang berlangsung lebih kurang 30 minit tersebut, Tan Sri Razarudin dan Puan Sri Datuk Zainah telah menitipkan doa, kata-kata semangat serta sokongan moral kepada Datuk Shahurinain dan isteri, Datin Siti Balqis Abdullah agar diberi kekuatan menghadapi ujian di bulan yang penuh mulia ini.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people, dais, hospital and text

May be an image of 5 people, hospital and text

May be an image of 4 people, hat and text

May be an image of 3 people, headscarf and text that says 'M'

May be an image of 3 people and text



ArticlePublished 27 Mar 2025 9.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM