Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Zahir Takziah Ziarahi Jenazah Anggota Pengiring Diraja

Published: 02 Sep 2025 9.29 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Hulu Selangor, 2 September 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail sebentar tadi menziarahi jenazah Allahyarham Koperal Muhammad Faizal Ab. Razak di Unit Forensik, Hospital Kuala Kubu Bharu, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-zahir-takziah-ziarahi-jenazah-anggota-pengiring-diraja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:46 MYT
Hulu Selangor, 2 September 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail sebentar tadi menziarahi jenazah Allahyarham Koperal Muhammad Faizal Ab. Razak di Unit Forensik, Hospital Kuala Kubu Bharu, di sini.

Allahyarham Koperal Muhammad Faizal, 32, yang bertugas sebagai anggota Pengiring Bermotosikal Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi. Allahyarham meninggalkan seorang balu serta tiga orang cahaya mata.

Dalam kunjungan itu, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut menzahirkan ucapan takziah serta menyampaikan sumbangan dan kata-kata semangat kepada ahli keluarga Allahyarham sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral.

Jenazah Allahyarham Koperal Muhammad Faizal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuantan, Batang Kali.

Turut hadir menziarahi, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid dan Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan serta pegawai kanan polis.

Jurugambar: Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 9 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text that says 'の B VAN'

May be an image of 9 people and text

ArticlePublished 02 Sep 2025 9.29 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM