
Artikel
Kpn Wakil Pdrm Meterai Mou Bersama Polri
Labuan Bajo, 21 Ogos 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeterai memorandum persefahaman (MoU)...
Labuan Bajo, 21 Ogos 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) yang diwakili Kepala Kepolisian Negara Republik Indonesia (KAPOLRI), Jenderal Polisi Drs. Listyo Sigit Prabowo berhubung kerjasama antara dua negara dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah rentas sempadan di Hotel Meruorah, di sini, petang tadi.
Memorandum tersebut bertujuan memantapkan lagi komitmen dan mewujudkan kesepakatan dalam memerangi jenayah rentas sempadan di rantau Asia Tenggara.
Hadir sama menyaksikan sesi menandatangani memorandum tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman.