Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Uji Kecekapan Menembak Buat Kali Kedua

Published: 08 Sep 2023 1.00 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 9 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain sekali lagi menguji kemahiran menembaknya pada tahun ini selepas kali pertama dijalankan pada akhir Julai lalu di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-uji-kecekapan-menembak-buat-kali-kedua
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:26 MYT
Kuala Lumpur, 9 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain sekali lagi menguji kemahiran menembaknya pada tahun ini selepas kali pertama dijalankan pada akhir Julai lalu di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, di sini.

Ujian yang diadakan adalah bagi mengasah ‘skill’ menembak dan menyelenggara senjata api selain mengeratkan ukhwah di antara barisan kepimpinan tertinggi Pasukan.

Sebagaimana ujian sebelumnya, terdapat tiga acara yang dijalankan iaitu “Centre Fire Shooting” bagi kategori individu, “Falling Plate Shooting” (berpasukan) dan “VVIP Shoot Off”.

Terdahulu, ketibaan Tan Sri Razarudin di lapang sasar telah disambut oleh barisan Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum diberi taklimat keselamatan oleh Inspektor Unit Selam Tempur, Unit Tindakhas (UTK), Inspektor Ng Han Ting Aaron sebelum memulakan acara.

Lebih bermakna lagi apabila pasukan yang diketuai oleh Tan Sri Razarudin bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Komander UTK, SAC Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi menjuarai acara “Falling Plate Shooting” menewaskan peserta lain.

Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM, barisan Ketua-Ketua Penolong Pengarah Jabatan PDRM, Timbalan Komander Briged Tengah, PGA, ACP Chew Tham Soon dan para pegawai kanan.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri


Mungkin imej 3 orang

Mungkin imej 7 orang dan teks yang berkata '2 UTAMAKAN KESELAMATAN 4 5 7'

Mungkin imej 10 orang, orang bermain golf dan teks

Mungkin imej 3 orang dan orang menembak sket

Mungkin imej 4 orang dan teks

Mungkin imej 5 orang dan teks yang berkata 'ZODER MSA'

Mungkin imej 1 orang, menembak skeet dan teks yang berkata 'CENTRE FIRE X × 5M'

Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 5 orang dan teks

May be an image of 3 people and text

ArticlePublished 08 Sep 2023 1.00 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM