Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KPN TINJAU KESIAPSIAGAAN PDRM SEMPENA SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-47

Diterbitkan: 24 Oct 2025 6.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini turun padang meninjau sendiri tahap kesiapsiagaan petugas keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sempena raptai persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Oktober ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tinjau-kesiapsiagaan-pdrm-sempena-sidang-kemuncak-asean-ke-47-20251024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:00 MYT


Kuala Lumpur, 23 Oktober 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini turun padang meninjau sendiri tahap kesiapsiagaan petugas keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sempena raptai persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Oktober ini.

Tinjauan yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu bertujuan menilai aspek keselamatan dan kelancaran pergerakan semasa persidangan berkenaan, selain memastikan kesiapsiagaan anggota dan pegawai yang terlibat berada pada tahap optimum.

Dalam tinjauan tersebut, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut menerima taklimat operasi keselamatan daripada Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi) Bukit Aman, CP Dato’ Fisol Salleh, yang diadakan di Bilik Gerakan KLCC.

Tinjauan hampir satu jam yang dilakukan itu meliputi kawasan sekitar KLCC termasuk laluan pergerakan utama yang akan digunakan oleh para delegasi dan tetamu kenamaan semasa persidangan berlangsung.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah serta bersama para pengamal media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.


May be an image of one or more people and text
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


May be an image of one or more people and text


May be an image of one or more people and text


May be an image of one or more people, dais and text


May be an image of one or more people, speaker and text


May be an image of one or more people and text

ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2025 6.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM