Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Timbalan Kpn Ziarah Jenazah Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud

Diterbitkan: 21 Feb 2024 10.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 21 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menziarahi jenazah Mantan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-timbalan-kpn-ziarah-jenazah-allahyarham-tun-pehin-sri-haji-abdul-taib-mahmud
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:10 MYT
Kuala Lumpur, 21 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menziarahi jenazah Mantan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, pagi tadi.

Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib, 87, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4.40 pagi tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.
Terdahulu, Tan Sri Razarudin dan Dato' Sri Ayob Khan berkesempatan memberi penghormatan terakhir dan menyertai solat jenazah di Masjid Negara yang dipimpin oleh Imam Besar, Ustaz Ehsan Mohd Hosni.

Pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudiannya turut mengiringi jenazah sehingga ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang untuk dibawa pulang ke kampung halaman di Kuching, Sarawak.

Jenazah Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib akan disemadikan di sebelah pusara isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadi mereka dekat Demak Jaya, Kuching, Sarawak.

Turut berangkat bercemar duli ke majlis tadi ialah Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Hadir sama, TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dif-dif kenamaan, barisan Menteri Kabinet, barisan Pengarah PDRM, Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri dan para pegawai kanan PDRM.

Seluruh warga PDRM menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmatNya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Jurugambar: Koperal Muhammad Izqhar Zainal Ibidin, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

Mungkin imej 9 orang, dais dan teks

Mungkin imej 12 orang dan teks

Mungkin imej 12 orang, kapal terbang dan teks yang berkata 'SELAMAT DATANG KE PANGKALAN UDARA SUBANG NN'

Mungkin imej 10 orang dan teks

Mungkin imej 6 orang dan teks

May be an image of 12 people and text

May be an image of 8 people, the Oval Office and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people, the Oval Office and dais

May be an image of 12 people and text

May be an image of 12 people and text

ArtikelDiterbitkan 21 Feb 2024 10.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM