
Article
Kpn Timbalan Kpn Bersama Ribuan Rakyat Hadir Himpunan Malaysia Bersama Palestin
Kuala Lumpur, 24 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dengan timbalannya, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay malam tadi bers...
Kuala Lumpur, 24 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dengan timbalannya, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay malam tadi bersama lebih 15,000 rakyat menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini.
Program himpunan solidariti untuk rakyat Palestin itu turut dihadiri oleh pemimpin negara yang diketuai Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama barisan Menteri Kabinet dan Ketua-ketua Agensi Kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan.
Selain mendengar ucapan dan ceramah pendidikan mengenai sejarah serta perkembangan konflik yang melanda negara Timur Tengah itu, para tetamu yang hadir turut bersama-sama solat hajat dan bermunajat untuk memohon perlindungan bagi orang Islam yang ditindas.
Majlis tadi diakhiri dengan pidato perdana oleh Dato' Seri Anwar sebelum disusuli dengan doa Qunut Nazilah oleh Munsyid Malaysia.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid bersama timbalannya, DCP Dato’ Azry Akmar Dato’ Hj. Ayob dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad
.
.
Jurugambar: Koperal Muhamad Iqtar Azmi dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.








