
Artikel
Kpn Tiba Di Ipk Johor Untuk Lawatan Kerja Sehari
Beliau berada di negeri Johor hari ini bersempena penyerahan kompleks baharu Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri oleh Jabatan Kerja Raya, pagi tadi.
Johor Bahru, 29 November 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk bertemu dan menyampaikan amanat kepada barisan Ketua Jabatan serta Ketua Polis Daerah Johor, kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Beliau berada di negeri Johor hari ini bersempena penyerahan kompleks baharu Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri oleh Jabatan Kerja Raya, pagi tadi.
Ianya merupakan kunjungan sulung beliau ke IPK Johor sejak dilantik sebagai KPN pada April lalu.
Hadir sama Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (Fasiliti/Bekalan/Aset) Bukit Aman, SAC Tuan Azizee Ismail serta Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Tuan Sukri Kaman.













