Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Tiba Di Indonesia Hadiri Mesyuarat Ammtc Ke 17 Tahun 2023

Published: 19 Aug 2023 4.24 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Hadir sama, Ketua Urus Setia KPN (Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Abd Rahman Atan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tiba-di-indonesia-hadiri-mesyuarat-ammtc-ke-17-tahun-2023
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:18 MYT
Labuan Bajo, 20 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain tiba di Indonesia semalam bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-17 Tahun 2023 bertempat di Hotel Meruorah Komodo, Labuan Bajo.
Ketibaan beliau tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman.

Mesyuarat AMMTC kali ini yang dianjurkan oleh kerajaan Indonesia akan berlangsung dari 19 sehingga 23 Ogos bagi memberi peluang kepada Polis Diraja Malaysia membincangkan isu-isu jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan senjata api, penggubahan wang haram, "counter terrorism" dan jenayah siber.

Dalam rangka program sama, turut diadakan sesi pemeteraian “Memorandum of Understanding (MoU) Between the Government of Malaysia and the Government of the Republic of Indonesia on Police Cooperation in Preventing and Combating Transnational Crimes and Enhancing Capacity Building” pada Isnin hadapan.

Hadir sama, Ketua Urus Setia KPN (Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Abd Rahman Atan.

 
ArticlePublished 19 Aug 2023 4.24 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM