
Artikel
Kpn Tiba Di Indonesia Hadiri Mesyuarat Ammtc Ke 17 Tahun 2023
Hadir sama, Ketua Urus Setia KPN (Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Abd Rahman Atan.
Labuan Bajo, 20 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain tiba di Indonesia semalam bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-17 Tahun 2023 bertempat di Hotel Meruorah Komodo, Labuan Bajo.
Mesyuarat AMMTC kali ini yang dianjurkan oleh kerajaan Indonesia akan berlangsung dari 19 sehingga 23 Ogos bagi memberi peluang kepada Polis Diraja Malaysia membincangkan isu-isu jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan senjata api, penggubahan wang haram, "counter terrorism" dan jenayah siber.
Dalam rangka program sama, turut diadakan sesi pemeteraian “Memorandum of Understanding (MoU) Between the Government of Malaysia and the Government of the Republic of Indonesia on Police Cooperation in Preventing and Combating Transnational Crimes and Enhancing Capacity Building” pada Isnin hadapan.
Hadir sama, Ketua Urus Setia KPN (Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Abd Rahman Atan.