
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mkn
Kuala Lumpur, 5 Julai 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negar...
Kuala Lumpur, 5 Julai 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Encik Hamzah Ishak di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah II Cawangan Khas Bukit Aman, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Pasukan Gerakan Am KDNKA Bukit Aman, ACP Shaiful Azmi Hussein Omar serta Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery




