
Article
Kpn Terima Kunjungan Hormat Senator Ahli Dewan Negara
Kuala Lumpur, 11 Mac 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Senator Ahli De...
Kuala Lumpur, 11 Mac 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Senator Ahli Dewan Negara, Datuk Dr. Hj. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.
Selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan pasukan keselamatan negara, Datuk Dr. Hj. Zulkifli turut berbesar hati menyampaikan 20 set buku Terjemahan Sahih Al-Bukhari yang mengandungi himpunan hadis-hadis sahih agar dapat dijadikan sebagai rujukan serta panduan warga Polis Diraja Malaysia.
Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Ruslan Khalid, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah dan Setiausaha Sulit Kanan, Encik Muhamad Hashim Mohd Noor serta Setiausaha Sulit, Mohd Shafiq Abdul Ghani.
Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan




