Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Presiden Respa
Kuala Lumpur, 8 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis Bers...
Kuala Lumpur, 8 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA), Dato’ Meor Chek Hussein Mahayuddin bersama delegasi di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara PDRM dengan RESPA, khususnya dalam berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran bagi menjaga keamanan negara.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis), Bukit Aman, SAC Alina Saad.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar