Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Terima Kunjungan Hormat Presiden Pacsu

Diterbitkan: 20 Sep 2022 9.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 20 September 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada rombongan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) yang diketuai oleh presidennya, Encik Anuar Mamat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-presiden-pacsu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:23 MYT

Kuala Lumpur, 20 September 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada rombongan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) yang diketuai oleh presidennya, Encik Anuar Mamat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan membincangkan hal-hal tadbir urus di samping bertukar-tukar pendapat secara efektif selain meneruskan kesinambungan silaturrahim sebagai rakan strategik antara Polis Diraja Malaysia dan Pegawai Awam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Pegawai Turus Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Dr. Shazrin Azlin Ruslan, Timbalan Presiden PACSU, Tuan Hj. Mohd Zaki Mahmood, Naib Presiden PACSU, Encik Mohd Fadli Mohd Noor, Bendahari Agung PACSU, Encik Raja Hazlan Raja Hussin dan Timbalan Setiausaha Agung PACSU, Encik Rohaizad Khalil.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 2 people, people sitting and indoor

May be an image of 5 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and flower

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing


ArtikelDiterbitkan 20 Sep 2022 9.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM