
Article
Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengerusi Ipcc
Kuala Lumpur, 2 September 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Beb...
Kuala Lumpur, 2 September 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), Datuk Zolkopli Dahalan di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.
Pertemuan empat mata itu bertujuan mengupas isu-isu semasa melibatkan PDRM dan IPCC, di samping mengeratkan hubungan serta kerjasama antara dua pihak.
Hadir sama, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Kamaruzaman Abdullah, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan serta delegasi IPCC.
Jurugambar: Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim