
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad
Kuala Lumpur, 15 April 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada delegasi Puncak Niaga Holdin...
Kuala Lumpur, 15 April 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada delegasi Puncak Niaga Holdings Berhad yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Razali Ismail di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, pagi tadi.
Antara inti pati pertemuan yang diadakan, turut membincangkan berkenaan penganjuran RMP Open Championship 2026 – Level III yang dijadual berlangsung dari 30 Mei hingga 7 Jun 2026 di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Presint 20, Putrajaya.
Dalam pertemuan singkat itu, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut berbesar hati menerima sumbangan berbentuk replika cek bernilai RM30,000 yang disampaikan oleh Tan Sri Razali sebagai tanda komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik khususnya dalam menyokong pembangunan sukan menembak serta inisiatif yang memberi manfaat kepada pasukan dan masyarakat.
Turut hadir, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), CP Dato’ Fisol Salleh, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Abdul Rahman Kassim dan Komander Unit Tindakhas, SAC Hisham Mahmood.
Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin