Kuala Lumpur, 23 Januari 2019 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) yang diketuai oleh Presidennya, Encik Anuar Mamat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, sebentar tadi.
Kunjungan hormat itu bertujuan untuk membincangan isu-isu semasa di samping bertukar-tukar pendapat secara efektif selain meneruskan kesinambungan silaturahim sebagai rakan strategik antara PDRM dan pegawai awam dalam perancangan kerjasama bagi tahun 2019.
Turut hadir, Pemangku Pengarah Pengurusan, DCP Dato’ Abd Jalil Hassan, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Dato’ Abdul Majid Mohd Ali.
Bergambar kenangan.
Sekitar kunjungan hormat berlangsung.
Sekitar kunjungan hormat berlangsung.
Sekitar penyerahan cenderahati berlangsung.
Sekitar kunjungan hormat berlangsung.