
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Ksu Kpdnhep
Lawatan tersebut bertujuan menjalinkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dan KPDNHEP dalam penguatkuasaan undang-undang melibatkan kedua-dua buah agensi
Kuala Lumpur, 6 September 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha (KSU), Datuk Azman Mohd Yusof di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Hadir sama dalam kunjungan tersebut, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, DCP Dato' Hussein Omar Khan, Timbalan KSU (Pendayaupayaan Pengguna) KPDNHEP, Datin Roszanina Wahab, Ketua Penolong Pengarah E5, Cawangan Khas, Bukit Aman, SAC Datin Seri Zalena Mohd Ariffin, SAC Perisikan / Siasatan Khas, Cawangan Perisikan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas, Jabatan KDNKA, Bukit Aman, SAC Mohammad Azlin Sadari, Pegawai Turus Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Dr. Shazrin Azlin Ruslan dan Ketua Pengarah Penguatkuasaan KPDNHEP, Hj. Azman Adam.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang.






