
Artikel
KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KP KASTAM MALAYSIA
Kuala Lumpur, 13 April 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah (KP) Kastam M...
Kuala Lumpur, 13 April 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah (KP) Kastam Malaysia, Dato’ Hj. Amran Hj. Ahmad di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan isu berkaitan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang, khususnya melibatkan penyeludupan dadah melalui laluan darat dan laut.
Pertemuan itu juga mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh kerjasama bersepadu demi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Hussein Omar Khan, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Fisol Salleh, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, CP Dato’ Azman Abd Razak, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA Pasukan Gerakan Am Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Abdul Rahman Kassim serta delegasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid




