KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER NTF
Kuala Lumpur, 22 September 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menerima kunjungan hormat daripada Komander National Task Force (NTF), Laksamana Madya Dato' Roslan Mohd Yunus di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.
Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan status terkini NTF dan ia merupakan lawatan pertama kali Laksamana Madya Dato’ Roslan sejak menjawat jawatan Komander NTF pada Mei lalu.
Turut hadir, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato' Mohd Hishamudin Tahar, Ketua Staf Operasi NTF, DCP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang







