
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Rela
Kuala Lumpur, 9 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malays...
Kuala Lumpur, 9 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), KPjR Lokman Effendi Ramli @ Zakaria di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Kehadiran beliau bersama delegasi adalah bagi membincangkan beberapa perkara termasuk kolaborasi melalui Rondaan Omnipresence PDRM dengan RELA bagi tujuan pencegahan jenayah, selain memperluaskan penugasan anggota RELA bersama Pasukan Gerakan Am di sempadan negara dalam Op Taring.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam , CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Kumaran Karuppanan, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Lesen Pasukan PDRM, SAC Datuk Md Nazri Zawawi.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery




