
Article
Kpn Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jpnin 20231009
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Perpadu...
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Dato' Hj. Che Roslan Che Daud di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Turut hadir, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato' Rusdi Mohd Isa, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Kumaran Karuppannan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ekstremis Sosial, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Zainudin Hj. Ahmad, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan delegasi JPNIN.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin.