
Article
Kpn Terima Kunjungan Hormat Gabenor Bank Negara
Kunjungan tersebut diadakan bagi meningkatkan kerjasama dan jalinan strategik PDRM dan Bank Negara Malaysia (BNM) selain membincangkan tentang persediaan mengh...
Kuala Lumpur, 2 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Bank Negara, Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zin.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Bryanlie Mustin






























