Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Terima Kunjungan Hormat Duta Jepun Dan Sumbangan Kenderaan Oleh Jt International Berhad

Published: 18 Feb 2020 5.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 18 Februari 2020 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Jepun ke Malaysia, H.E Oka Hiroshi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-duta-jepun-dan-sumbangan-kenderaan-oleh-jt-international-berhad
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:50 MYT
Kuala Lumpur, 18 Februari 2020 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Jepun ke Malaysia, H.E Oka Hiroshi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan membincangkan langkah-langkah membanteras aktiviti penyeludupan barangan kawalan dari kedua-dua negara serta menyampaikan sumbangan kenderaan dari Japan Tobacco (JT) International Berhad kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sejurus selesai, Tan Sri Abdul Hamid turut berbesar hati menerima replika kunci kenderaan daripada Pengarah Urusan JT International Berhad, Encim Comac O'Rourke sambil disaksikan oleh H.E Oka.

Sebanyak sembilan buah kereta jenis Perodua Myvi dan dua buah motosikal jenis Kawasaki KLX diserahkan kepada Pasukan untuk aktiviti pencegahan jenayah khasnya membasmi penyeludupan.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, kerjasama daripada pihak luar dengan PDRM dalam membasmi jenayah amatlah dihargai, selari dengan slogan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.'

"Dengan adanya sumbangan kenderaan seperti ini jelas menunjukkan bahawa kewajiban membanteras jenayah merupakan tanggungjawab bersama dalam memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terjamin," ujar beliau.

Hadir sama dalam kedua-dua majlis tadi ialah barisan Pengarah PDRM, delegasi JT International Berhad dan Kedutaan Jepun di Malaysia serta pegawai kanan PDRM.

Image may contain: 2 people, people standing and indoor
Duta Jepun, H.E Oka Hiroshi menandatangani buku pelawat.
 

Image may contain: 3 people, people standing and suit
Pengarah Urusan JT International Berhad, Encik Comac O'Rourke menyerahkan replika kunci kenderaan kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador sambil disaksikan oleh H.E Oka.
 

Image may contain: 10 people, indoor
Bergambar kenangan.


Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Sekitar kunjungan hormat daripada Duta Jepun ke Malaysia, H.E Oka Hiroshi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
 

Image may contain: 2 people, indoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Duta Jepun, H.E Oka Hiroshi.
 

Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor
Sekitar majlis sumbangan kenderaan dari Japan Tobacco (JT) International Berhad kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara, Bukit Aman.
 

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor
Ucapan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
 

Image may contain: 3 people, suit and indoor
Ucapan oleh Pengarah Urusan JT International Berhad, Encik Comac O'Rourke.
 

Image may contain: 14 people, people standing
Bergambar kenangan.
ArticlePublished 18 Feb 2020 5.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM