
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Republik Indonesia
Kuala Lumpur, 14 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik In...
Kuala Lumpur, 14 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Indonesia (RI) ke Malaysia, Yang Mulia Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Bapak Hermono di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Kunjungan tersebut merupakan perbincangan dua hala melibatkan jenayah rentas sempadan antara kedua-dua negara dan pilihanraya Indonesia yang akan diadakan pada tahun hadapan.
Hadir sama, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Suparamaniam Ramasamy, Polis Atase Kedutaan Besar RI di Malaysia, Senior Superintendan Juliaman Eka Putra dan Superintendan Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, Superintendan Loy Pey Pey.
Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri







