
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Amerika Syarikat
Kuala Lumpur, 21 November 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Amerika Syarik...
Kuala Lumpur, 21 November 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, H.E Edgard D. Kagan bersama delegasi di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman (PDRM), di sini, petang tadi.
Kunjungan tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala dan membincangkan isu keselamatan serta kerjasama penguatkuasaan undang-undang antara pihak kedutaan dengan PDRM.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, barisan Timbalan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, SAC Kama Azural Mohamed dan Ketua Perhubungan Antarabangsa, ACP Loh Pey Pey.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery




