Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Terima Kunjungan Hormat Dua Duta Besar Dan Ahli Exco Mcpf Di Bukit Aman

Diterbitkan: 23 Dec 2024 6.48 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.46 PM
Kunjungan dimulai oleh Duta Besar Republik Islam Iran di Kuala Lumpur, H.E Valiollah Mohammadi Nasrabadi bersama delegasi kira-kira jam 9.30 pagi. Pertemuan itu bagi memperkukuh lagi hubungan bilateral antara PDRM dengan Republik Islam Iran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-dua-duta-besar-dan-ahli-exco-mcpf-di-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:36 MYT
Kuala Lumpur, 23 Disember 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada dua duta besar bertempat di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.

Kunjungan dimulai oleh Duta Besar Republik Islam Iran di Kuala Lumpur, H.E Valiollah Mohammadi Nasrabadi bersama delegasi kira-kira jam 9.30 pagi. Pertemuan itu bagi memperkukuh lagi hubungan bilateral antara PDRM dengan Republik Islam Iran.

Seusai itu, Tan Sri Razarudin menerima pula kunjungan daripada Duta Besar Republik Rakyat China di Kuala Lumpur, H.E Ouyang Yujing bersama para pegawai.

Antara intipati perbincangan dalam pertemuan empat mata itu melibatkan kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak, termasuk mencari pendekatan terbaik dalam memerangi keganasan dan isu berkaitan sindiket penipuan.

Turut hadir, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, barisan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM, Ketua Penolong Pengarah (D9), Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Lim San Aik, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin turut menerima kunjungan hormat daripada Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon di pejabat rasmi beliau. Kunjungan tersebut antara lain bertujuan meningkatkan jalinan kerjasama strategik antara MCPF dengan PDRM dalam perkongsian maklumat berkaitan kesedaran pencegahan jenayah di Malaysia.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid
 
 
ArtikelDiterbitkan 23 Dec 2024 6.48 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.46 PM