Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI RESPA

Diterbitkan: 26 Aug 2022 10.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) yang diketuai oleh Presidennya, Dato' Meor Chek Hussein Mahayuddin di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-delegasi-respa-20220826
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:30 MYT
Kuala Lumpur, 26 Ogos 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) yang diketuai oleh Presidennya, Dato' Meor Chek Hussein Mahayuddin di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.

Lawatan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama yang dijalinkan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan RESPA.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut, Naib Presiden RESPA, Dato' Ahmad Nadzeer Nordin, Ahli Jawatankuasa Tertinggi, Dato' Abdullah Abdul Hamid, Setiausaha Agung RESPA, Dato' Ahamad Zufami Dato' Haji Mohd Ghazali, wakil Pengarah Pengurusan, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang mewakili Pengarah Pengurusan, DCP Gilbert Philip Layang, Penolong Pengarah E1C, Cawangan Khas Bukit Aman yang mewakili pemangku Pengarah Cawangan Khas, SAC Dato' Dr. Lim Joo Soo, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pesara Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Zailanni Amit, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah serta Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang.

May be an image of 3 people, people sitting, indoor and text that says 'AYSIA S'

May be an image of 10 people and people standing

May be an image of 6 people, people sitting and indoor

May be an image of 1 person, sitting and text

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person and text that says 'RESPA'

May be an image of 2 people and people standing


ArtikelDiterbitkan 26 Aug 2022 10.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM