Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Prasarana Malaysia Berhad

Diterbitkan: 12 Aug 2026 8.28 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada delegasi Prasarana Malaysia Berhad yang diketuai oleh Pemangku Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dr. Prodyut Dutt di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-delegasi-prasarana-malaysia-berhad
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:59 MYT
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada delegasi Prasarana Malaysia Berhad yang diketuai oleh Pemangku Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dr. Prodyut Dutt di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Kunjungan tersebut bagi membincangkan kerjasama strategik antara PDRM dan Prasarana Malaysia Berhad dalam aspek keselamatan termasuk isu kecurian kabel, risiko dan ancaman keselamatan serta penyelarasan siasatan jenayah komersil.

Perbincangan turut menyentuh pelaksanaan program pencegahan jenayah melalui pendekatan kepolisan berprofil tinggi bagi meningkatkan keyakinan serta tahap keselamatan pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan bas.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, DCP Datuk Suryani Sungit, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC Mohamad Lazim Ismail, Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api), SAC Dato’ Kama Azural Mohamed dan Ketua Penolong Pengarah (Operasi Pencegahan) JPJKK Bukit Aman, SAC Vijaya Rao Samachulu.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of text

May be an image of the Oval Office and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text that says 'BUKIT BUKITAMAN AMAN SAN Ico ェ 화회 ርቶ El ០០)'
ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2026 8.28 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM