Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Persatuan Pegawai Pegawai Polis Pdrm

Published: 08 Sep 2025 7.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Lawatan tersebut bertujuan memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa yang baharu, di samping mengeratkan hubungan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua persatuan dengan PDRM.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-delegasi-persatuan-pegawai-pegawai-polis-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:59 MYT
Kuala Lumpur, 8 September 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah (PPRPD) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.

Lawatan tersebut bertujuan memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa yang baharu, di samping mengeratkan hubungan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua persatuan dengan PDRM.

Pertemuan itu turut menyorot pencapaian persatuan sepanjang tempoh terdahulu, merangka hala tuju bagi memperkasa kebajikan serta pembangunan profesionalisme pegawai polis, selain menyampaikan harapan dan iltizam kepada kepimpinan Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid untuk terus memacu kecemerlangan PDRM.

Hadir sama, Presiden PPKP, SAC Suffian Sulaiman, Pemangku Presiden PPRPD, SI Megat Nizar Megat Uda Abdullah, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzzaman Abdullah dan barisan ahli persatuan.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang
 


May be an image of 3 people, the Oval Office, dais and text

May be an image of 5 people, the Oval Office and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 5 people and dais

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 16 people and text that says 'NEGARAKU 1 BUKIT BUKITAMAN ΑΜΑΝ SANG ม 6AKA BIRU 소 MAIAIN 오'


ArticlePublished 08 Sep 2025 7.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM