Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TIMBALAN KSU JPM DAN KP KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA

Diterbitkan: 21 Feb 2020 10.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 21 Februari 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Puan Roziah Abudin dan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, Dato' Sollehuddin Alyubi Zakaria di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-daripada-timbalan-ksu-jpm-dan-ketua-pengarah-keselamatan-kerajaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:12 MYT

Kuala Lumpur, 21 Februari 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador petang tadi menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Puan Roziah Abudin dan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Dato' Sollehuddin Alyubi Zakaria di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Kunjungan hormat tersebut dibuat antara lainnya, membincangkan isu-isu berkaitan pentauliahan Polis Bantuan dalam negara dan memperkukuhkan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agensi kerajaan lain.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Dato’ Kasuahdi Haji Ali.

Image may contain: 3 people, people standing and indoor
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Puan Roziah Abudin menandatangani buku pelawat.
 
Image may contain: 3 people, people standing and indoor
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Puan Roziah Abudin menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
 
Image may contain: 9 people, people standing
Bergambar kenangan.
 
Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Puan Roziah Abudin dan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Dato' Sollehuddin Alyubi Zakaria ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
 
Image may contain: 6 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Puan Roziah Abudin dan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Dato' Sollehuddin Alyubi Zakaria ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

ArtikelDiterbitkan 21 Feb 2020 10.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM