
Article
Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia
Kuala Lumpur, 4 Februari 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Gab...
Kuala Lumpur, 4 Februari 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tuan Marzunisham Omar, di sini, petang tadi.
Ketibaan Timbalan Gabenor BNM disambut oleh KPN di perkarangan pejabatnya sebelum dibawa menandatangani buku pelawat dan sesi fotografi.
Kunjungan tersebut bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dan BNM.
Turut hadir, Timbalan KPN, DIG Dato’ Razarudin Husain, Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman, CP Dato' Sri Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman (Pengubahan Wang Haram/Siasatan Perakaunan Forensik), DCP Dato’ Muhammed Hasbullah Ali, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman (Jenayah Pengubahan Wang Haram), SAC Tuan Fazliysham Abdul Majid.
Jurugambar: Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid