Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Pengarah Urusan Shell Malaysia

Diterbitkan: 11 Sep 2019 3.35 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.19 PM
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Encik Shairan Huzani Husain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-daripada-pengarah-urusan-shell-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 20:41 MYT

Kuala Lumpur, 11 September 2019 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Encik Shairan Huzani Husain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.

Kunjungan hormat tersebut adalah bagi membincangkan strategi perlaksanaan program kerjasama antara Shell dan Polis Diraja Malaysia termasuk pelancaran semula Program "Go To Safety Point" (GTSP) dan Kempen 'Shell Selamat Sampai'.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Rosli Ab. Rahman, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan.

0S5A2261
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Encik Shairan Huzani Husain.

0S5A2293
Bergambar kenangan.

0S5A2241
Sekitar kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Encik Shairan Huzani Husain ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

ArtikelDiterbitkan 11 Sep 2019 3.35 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.19 PM