Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Pengarah Maqis

Published: 03 Oct 2019 8.43 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Tuan Saiful Yazan Alwi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, sebentar tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-daripada-pengarah-maqis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:28 MYT

Kuala Lumpur, 3 Oktober 2019 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Tuan Saiful Yazan Alwi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, sebentar tadi. 

Pertemuan tersebut diadakan untuk membincangkan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia dengan MAQIS yang boleh dilaksanakan di masa akan datang.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Am), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan, Ketua Lesen Pasukan, SAC Dato' Noorsiah Mohd Saaduddin, Komander Pasukan Polis Marin, Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Mohd Yusoff Mamat dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), P/SAC Ruslan Khalid.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.
Image may contain: 6 people, people sitting, table and indoor
Sekitar Kunjungan Hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Tuan Saiful Yazan Alwi ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor
Sekitar Kunjungan Hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Tuan Saiful Yazan Alwi ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Image may contain: 2 people, people smiling
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Tuan Saiful Yazan Alwi menandatangani buku pelawat sambil disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and indoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Tuan Saiful Yazan Alwi.

ArticlePublished 03 Oct 2019 8.43 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM