Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Naib Pengerusi Kanan Mcpf
Kuala Lumpur, 18 Jun 2019 – Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan serta menjalin kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan MCPF.
Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Dato' Kamarul Zaman Mamat serta Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato' Nerita Yaacob.
Bergambar kenangan.
Sekitar kunjungan hormat Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berlangsung.
Ketibaan Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye disambut mesra oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.